Nadi X Kesedaran - Taklimat Pengasuhan Digital - Sesi Januari 2026

20 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 19 Januari 2026, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X KESEDARAN dengan Taklimat Pengasuhan Digital sempena Kempen Internet Selamat. Program ini bertujuan memperkasa peranan ibu bapa dalam melindungi serta membimbing anak-anak dalam dunia digital.
Taklimat ini telah dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet dan berlangsung selama satu jam bagi setiap sesi, iaitu dari pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang. Program ini telah disertai oleh peserta dalam kalangan komuniti setempat yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga.

Tujuan utama penganjuran taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai konsep pengasuhan digital, kepentingan pemantauan penggunaan internet oleh anak-anak serta kesedaran terhadap risiko dan ancaman dalam dunia siber.

Melalui taklimat ini, diharapkan para peserta dapat memperoleh pengetahuan dan kefahaman baharu berkaitan keselamatan internet serta bahaya jenayah siber, seterusnya mampu mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam mendidik dan melindungi anak-anak serta keluarga dalam persekitaran digital yang semakin mencabar. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali